29 October 2018

"PERMINTAAN TARIK DIRI TAK DIENDAHKAN" - DEDAH PENGURUS ZAMANI


Semua mengetahui mengenai penyanyi Zamani yang gagal melontarkan suaranya semalam di Konsert Gegar Vaganzamusim ke-5 (GV5) pada minggu ke-5.





Ramai yang terkejut melihat keadaan penyanyi kumpulan Slam ini yang sepatutnya menyanyikan lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta' itu hanya diam dan kaku di atas pentas.

Susulan itu, Zamani seharusnya tersingkir namun penaja GV5 iaitu Datuk Aliff Syukri telah pun menggunakan kuasa imuniti miliknya untuk mengekalkan penyanyi tersebut.

Pasti ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Zamani gagal menyampaikan tugasannya semalam. Perkara sebenar telah pun dijelaskan oleh juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengatakan kehadiran Zamani di atas pentas pada minggu kelima adalah atas kerelaannya sendiri.

Menurut Datuk Ramli MS, Zamani telah pun menunjukkan masalah suara ketika malam latihan. Meskipun tidak sihat, Zamani tetap ingin meneruskan persembahannya.

Klik untuk gambar besar


"Bila Zamani tidak sihat dan dia datang ketika sound check terakhir, masa itu saya terus minta dia pulang dan berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat.

"Tapi bila dia datang kembali suaranya semakin teruk dan saya cuba 'modulate' untuk turunkan key nyanyiannya tapi suara dia masih koyak.

"Jadi kami tak paksa pun sebab dia sendiri yang minta jangan 'modulate'. Malah dia tidak pernah kata tidak mahu meneruskan persembahan malam itu.

"Cuma bila muzik sudah mula tadi dia tidak dapat keluarkan suara kerana mengalami sakit tekak yang agak teruk



"Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk," jelasnya.

Kekecohan semakin hangat apabila pengurus Zamani iaitu Johan Aziz telah memuatnaik satu status di Facebooknya yang menyatakan penyanyi tersebut ingin menarik diri namun tidak diendahkan oleh pihak produksi Gegarvaganza.

Apa pun, kita doakan agar peti suara Zamani akan semakin pulih untuk persembahan minggu hadapan. Kalau benar-benar tak mampu, cubalah berbincang sekali lagi dengan pihak produksi.

Kegagalan membuat persembahan pastinya sedikit sebanyak memberi impak kepada nama 'legend' Zamani. Sama-sama kita doakan yang terbaik.


www.myartis.com / Sumber: Facebook Johan Aziz & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: