25 October 2018

ELYANA SAKIT KANSER - NETIZEN BERBALAH ISU DOSA PAHALA


Semalam telah dimaklumkan kepada semua tentang keadaan kanser penyanyi Elyana yang kini semakin merebak sehingga beliau terpaksa menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 kali secepat mungkin.





Namun apa yang mengecewakan adalah komen dari netizen yang terus menghukum Elyana di atas penampilan beliau yang masih belum menutup aurat. Sehingga ada yang sanggup mengatakan penyakit ini berpunca dari penampilan beliau.

"Dinasihatkan tutup aurat Elyana yaa. Mudah-mudahan terbuka hidayah. Sakit tu penghapus dosa. Tapi kalau buat dosa juga, rugilah," komen salah seorang pengguna media sosial.

Klik untuk gambar besar


Komen-komen menggesa Elyana untuk menutup aurat ini mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial lain yang menyifatkan mereka sebagai tidak berhati perut ketika insan lain ditimpa musibah.

Ramai berpendapat bertudung atau tidak itu urusan Elyana dan Tuhan, kita sebagai peminat dan rakan seagama seharusnya mendoakan yang baik baik sahaja supaya penyanyi ini dapat mengharungi dugaan yang bertimpa ini.












www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: