25 October 2018

TAKZIAH - BAPA WAK DOYOK DIJEMPUT ILAHI PAGI TADI


Menerusi laman Instagram, ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok telah memberitahu berita sedih dimana bapanya, Mohd Nor Abdul Hamid telah dijemput Ilahi pada jam 6.25 pagi tadi di usia 86 tahun.





"Baba (Bapa) saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya," tulis pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 39.

Wak ketika dihubungi memberitahu, bapanya meninggal dunia akibat sakit di bahagian usus dan komplikasi jantung.

"Sebelum ini, pada 21 Oktober, bapa saya menjalani pembedahan di bahagian usus, namun selepas selesai dibedah, jantungnya jadi semakin lemah.

Klik untuk gambar besar


"Bapa saya sakit tak lama. Cuma lima hari. Pagi ini, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

Difahamkan, jenazah bapa Wak Doyok dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan berharap personaliti media sosial itu reda dengan pemergian tersebut.




www.myartis.com / Sumber: mStar, Harian Metro & Instagram Wak Doyok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: