25 October 2018

"AIR KETUBAN PECAH AWAL" - NIENA BAHARUN TIMANG 'BABY BOY'


"Sedikit cemas apabila air ketuban pecah awal dan sangat banyak. Ketika dibawa ke hospital bukaan sudah 2 sentimeter, namun disebabkan saya jenis penakut, jadi dari awal lagi memang rancang nak jalani pembedahan.



"Ketika dibawa masuk ke bilik pembedahan, saya sangat gementar. Dalam fikiran, saya hanya mahu anak selamat, proses cepat habis dan segera tengok anak. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya berasa sangat bersyukur.

"Lima minit sebelum bayi ditarik keluar, doktor memanggil suami masuk dalam bilik pembedahan untuk tengok sendiri," kata pelakon Datin Niena Baharun, 25, yang telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.03 kilogram pada 11 pagi semalam.

Niena, 25, ketika dihubungi berkata, dia bersalin dua minggu awal secara pembedahan di sebuah hospital di ibu negara daripada tarikh jangkaan doktor iaitu 8 November.

Klik untuk gambar besar


Disebabkan tidak sabar untuk melihat bayi, Niena yang popular menerusi watak Husna dalam drama 'Jangan Benci Cintaku' minta tidak diberikan bius penuh.

"Ketika proses pembedahan dilakukan, saya separa sedar. Saya memang minta pada doktor. Ini kerana, saya ingin tengok bayi ditarik keluar.

"Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Gembira, teruja dan sebak semuanya ada. Semalam satu hari saya baring. Pagi ini baru saya boleh bangun dan bergerak sikit.



"Memandangkan saya menjalani pembedahan, jadi kena banyak rehat. Insya-Allah, saya dijangka keluar dalam tempoh dua hari lagi. Saya juga akan berpantang di Kuala Lumpur dan dibantu ibu mentua dan bidan," jelasnya.

Ditanya mengenai nama anak, Niena dan suami belum buat keputusan. Buat sementara waktu, anak sulung pasangan itu dipanggil Baby A.

"Saya dan suami masih berbincang. Belum ada yang 'final'. Kalau ada nanti, Insya-Allah saya akan kongsikan selepas tujuh hari kelahiran mengikut sunah Nabi," ujarnya yang berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: