25 October 2018

HIDUP 'KOSONG' - ALIFF SYUKRI TAKUT HANYUT DALAM 'KESERONOKAN'


Mengakui mula berasa bosan dengan dunia glamor yang dikecapinya sejak terlibat dalam industri hiburan, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu, sudah sampai masanya untuk beliau memperlahankan penglibatannya dalam industri seni terutamanya dengan imej 'gila-gila' seperti yang dikenali umum.





"Sebenarnya dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah didatangi perasaan yang meminta supaya lebih merendah diri dan jangan terlalu kedepan dalam dunia hiburan.

"Saya menangis dalam solat dan terfikir yang saya perlu kurangkan membuat perkara yang tidak baik dan sebaliknya perlu mendekatkan diri dengan Allah.

"Umur juga sudah lanjut dan sebenarnya saya sendiri tak sanggup lihat apa yang anda tonton mengenai sikap saya di televisyen, katanya yang turut mendedahkan hidupnya terasa 'kosong'.

Klik untuk gambar besar


Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Aliff, 30, berkata dia sedar dan tidak mahu hanyut dalam kesenangan yang dikecapinya selama ini.

"Saya sudah berada dalam industri kosmetik lebih daripada 10 tahun, sudah sampai satu tahap saya dah rasa tak seronok keluar TV.

"Sebelum ini saya terlalu hanyut dengan keseronokan, kehidupan saya sudah ada segala-galanya tapi saya kosong," tambah penyanyi lagu 'Bobo Dimana' ini.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: