25 October 2018

ANAK KUCING DALAM FERRARI - DATUK RAFIENA MINTA BANTUAN JPAM


"Pagi tu terkejar-kejar nak pergi mesyuarat tapi kucing buat hal sesat pula dalam Ferrari, dalam banyak-banyak kereta pandai pula dia pilih kereta tu. Anak kucing berusia tiga bulan itu memang saya bela dan suka bermain di kawasan parkir kereta.





"Terpaksa panggil JPAM untuk bantu keluarkan, tapi kucing itu masih tak mahu keluar," kata Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang terpaksa menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan anak kucing kesayangannya itu gara-gara terperangkap dalam enjin kereta Ferrari.

Menurut Rafiena, 35, kejadian berlaku di kediamannya ketika dia mahu memulakan perjalanan ke pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor. Penerbit drama 'Syurgaku Tak Sempurna' ini berkata kucing tersebut terperangkap di bahagian enjin sehingga dia perlu membawa kenderaan tersebut ke bengkel.

Klik untuk gamba besar


"Balik dari pejabat, tengok tak selesai juga, kesudahannya kena towing bawa pergi workshop. Kucing itu dipercayai masuk melalui lubang di bawah kereta dan berjalan sehingga ke kawasan enjin lalu terperangkap di situ.

"Alhamdulillah, ia berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa kecederaan, cuma bulunya sahaja yang comot," ujarnya yang berkongsi kejadian 'si comel' terperangkap dalam kereta mewah miliknya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: