25 October 2018

"SUDAH-SUDAHLAH JADIKAN SAYA 'BAHAN' - SUFIAN SUHAIMI


Mengenai isu hubungannya dengan bekas tunang, pelakon Elfira Loy yang masih terus dibangkitkan, penyanyi, Sufian Suhaimi, 26, berkata, masyarakat tidak sepatutnya memperkatakan lagi perkara yang sudah berlalu, tambahan pula dia dan bekas tunangnya itu sudah mempunyai kehidupan sendiri.





"Bukan saya yang tak 'move on', tetapi netizen yang belum dapat menerima hakikat ikatan pertunangan kami sudah lama terputus. Sudah-sudahlah menjadikan saya sebagai bahan.

"Kami sudah memilih jalan hidup sendiri, malah rasanya masing-masing gembira dengan pilihan yang dibuat dan tiada sebab untuk sesiapa membangkitkan cerita lama.

"Lagipun, ada banyak benda yang saya perlu berikan tumpuan sepanjang tahun ini hingga tahun depan. Lebih baik saya utamakan kerjaya seni," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut penyanyi lagu 'Di Matamu' itu lagi, dia tidak menutup pintu hati untuk wanita lain, namun mencari pengganti seperti disaran sesetengah orang bukan keutamaan.

Tegas Sufian, segala pengalaman hidup yang dilalui termasuk episod putus tunang menjadikannya insan lebih tenang dan matang.

Terdahulu, dia yang baru menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam memaklumkan turut menerima tawaran menyambung pengajian.



"Saya diajukan tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD), tetapi disebabkan masa, ia mungkin bukan dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Sebelum ini, Sufian dan Elfira pernah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu serta merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac lalu. Namun, jodoh tidak kesampaian apabila ikatan pertunangan putus pertunangan pada 18 Februari lalu.

Selepas enam bulan ikatan itu terlerai, Elfira menjalin pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali Faris berusia 27 tahun pada awal September lalu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: