08 October 2018

FATHIA MENGAMUK KEPADA TV3 - NETIZEN 'SARAN RAWATAN MENTAL'


Nampaknya pelakon Fathia Latiff tidak pernah henti dengan kontroversi apabila sekali lagi mengamuk dengan stesen televisyen popular, TV3.





Menerusi akaun Instagramnya, Fathia nampak begitu marah sehingga bahasa yang digunakan memang tahap yang sangat tinggi sehingga sukar untuk difahami oleh kami rakyat marhaen.

Fathia meluahkan rasa tidak puas hati kononnya hanya menerima jemputan ke ABPBH 31 melalui wartawan hiburan sahaja selain mempertikaikan kemenangan Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.

Rata-rata netizen juga tidak mengerti mengapa Fathia bersikap sebegitu. Mungkin sudah mula naik menyampah dengan sikap beliau, ada yang menyarankan pelakon wanita itu untuk mendapatkan rawatan mental.

Jika benar Fathia ada masalah dengan pihak yang berkaitan, cubalah selesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang lebih matang. Kalau muat naik seperti ini, ia hanya mendatangkan keburukan sahaja. Apa pendapat korang?

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: