08 October 2018

AL-FATIHAH - ANAK CHOT XOXO DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada pelawak dan penyampai radio Chot (XOXO) dan isterinya atas kehilangan anak lelaki mereka, Muhd Sher Harraz yang meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi tadi.





Pada Sabtu hari lalu, menerusi laman sosial Instagram (IG), Chot atau nama sebenranya Hazmeer Hassan memuatnaik posting mengenai keadaan Harraz yang semakin lemah dan perkongsian tersebut telah mengundang sebak para pengikutnya.

Menurut Chot, Harraz yang mengalami masalah injap jantung terbalik mula menunjukkan respon positif ketika berada di wad Hospital Besar Melaka empat hari lalu.

"Alhamdulillah, Harraz senyum hari ni…Oksigen dia dah stabil, dah ada tanda bernafas sendiri cuma dibantu sikit dengan oksigen daripada machine.

"Segala jarum di badan sudah dicabut yang tinggal hanya ubat untuk jantung saja. Allahuakhbar…Berkat doa keluarga, sahabat dan kalian Harraz sedikit demi sedikit tunjuk respon positif.

Klik untuk gambar besar


"Saya dan isteri hanya mampu sampai kan doa buat semua yang concern dengan keadaan Sher Harraz. Semoga segala urusan kita bersama dipermudahkan," tulisnya di IG pada Jumaat.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayangi Sher Harraz dan jenazah anak syurga itu akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.

"Dukacita nak maklum anakanda kami Muhd Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi. Akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka. Sebelum / selepas Asar, sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya," katanya di IG.

Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan-rakan pelawak lain yang mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Chot Xoxo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: