04 October 2018

FIKIR 'BERUNDUR' - NABIL NASIHAT & DOAKAN ISTERI BERTUDUNG


Tahu tidak akan selamanya berada di tahap selesa seperti sekarang, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 35, yang mempunyai kerjaya dalam dunia hiburan itu sudah terfikir untuk berhenti menjadi selebriti.





Kata pengacara Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu, dia hanya akan berhenti selepas menemui sumber pendapatan lain untuk menampung keluarganya terutamanya dalam bidang perniagaan seperti rakannya, Shuib Sepahtu.

"Saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain dan kalau ada sumber lain saya ingin berhenti jadi artis. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula.

"Saya sayang industri cuma saya rasa sudah tiba masa saya untuk buat perkara lain. Sekarang ini saya rasa terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki daripada industri semata-mata.

"Saya takut kerana kita berada pada tahap ini tidak lama, ada masa kita akan perlahan. Sekarang pada peringkat percubaan jual kosmetik dan baju, Insya-Allah kalau boleh biar perniagaan jadi sumber pendapatan utama," ujarnya yang sedang mencuba beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan pakaian.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Nabil menganggap tindakan isterinya, Nazira Ayub kembali tidak berhijab selepas dilihat mengenakan hijab penghujung Ogos lalu sebagai pilihannya sebagai individu.

Menurutnya, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami memberikan nasihat dan sentiasa mendoakan isterinya supaya diberikan keikhlasan untuk berhijab.

"Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab," ujarnya.

"Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.



"Sampai satu tahap, bila kita dah cukup menasihatinya, itu terpulang kepada dia pula untuk menjalankan tanggungjawabnya," jelasnya.

Selain menasihatinya, Nabil kerap berkongsi informasi mengenai kewajipan berhijab dan sebagainya. Dia tidak mahu terlalu memaksa kerana inginkan isterinya kekal sekiranya berhijab.

"Ada juga beberapa kali saya buka ceramah mengenai kewajipan menutup aurat dan menghantar kiriman WhatsApp kepadanya.

"Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab," katanya.









www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: