04 October 2018

"SIAPA NAK BERTANGGUNGJAWAB" - DSV PUJI NIAT BAIK ALIFF SYUKRI


"Datuk Aliff ada berhubung dengan saya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan beliau. Saya puji niat ikhlas beliau.





"Walaupun bagi dia minta maaf tak bererti kalah, ia tidak dapat melenyapkan kecaman netizen terhadap saya. Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas.

"Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang... siapa yang nak bertanggungjawab?," kata pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Vida (DSV.

DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman itu memuji niat baik sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu menjernihkan hubungannya dengan penyanyi Aishah.

Klik untuk gambar besar


Namun, penyanyi lagu 'I Am Me' itu berkata bukan mudah untuk beliau memenuhi permintaan penaja konsert Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu.

Sebelum ini, Aliff Syukri meluahkan hasrat untuk menjernihkan hubungan DSV dan Aishah kerana menyedari peniaga saling memerlukan sokongan selebriti.

"Saya sekadar meminta Aishah dan Vida untuk berdamai, saya juga ada berhubung dengan Vida mengenai perkara ini. Saya tidak berpihak kepada sesiapa, niat di hati cuma mahu mereka tutup cerita lama.



"Penjual kosmetik dan artis ibarat isi dan kuku, jika minta maaf pun tidak semestinya kita salah," tutur pengasas produk D'Herbs dan juga penaja utama GV5.

Sebelum ini Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' itu mendakwa barang kemas tajaan Vida yang dikatakan bernilai RM80,000 adalah palsu.

Namun Vida mempertahankan rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu. Malah Vida turut meminta Aishah supaya memulangkan semula rantai tersebut dan akan memberikan sesuatu yang 'luar biasa' kepadanya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: