04 October 2018

IKUT JEJAK - ANAK AZMIL MUSTAPHA, ALYA KINI JADI PELAKON


Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi... demikian halnya dengan anak perempuan pelakon popular Azmil Mustapha iaitu Alya Iman yang mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang pelakon.





Menerusi status terkini di Instagramnya, Alya menyatakan dia mula berlakon untuk drama pertamanya bersama pelakon Syafiq Kyle dalam drama berjudul 'Senafas Rindu'.

Alya kelihatan manis bertudung turut menerima pujian netizen di media sosial yang memberi kata-kata sokongan pada gadis itu untuk terus membabitkan diri dalam lakonan.

Begitu juga, ada netizen menyifatkan wajah Alya mengingatkan peminat terhadap kehebatan lakonan Azmil yang cukup popular dengan watak 'Ali Setan'.

Apapun, tak sabar rasanya nak lihat lakonan pertama Alya dalam drama 'Senafas Rindu' ini, mesti hebat macam bapanya juga.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Alya Iman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: