04 October 2018

IBU MERTUA, ROSMAH DITAHAN - FAZLEY TETAP SIMPATI, DOAKAN


"Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan!





"Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarkanlah mahkamah yang memutuskan," kata penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 40, yang mendoakan agar segala urusan ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor itu dipermudahkan dan berjalan lancar.

Fazley meluahkan isi hatinya dengan menyatakan sebagai anak dan menantu, beliau dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz turut bersimpati apabila mendengar tentang perkhabaran tersebut itu menerusi laman Instagramnya.

Semalam, berita penahanan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, Rosmah ditahan pada pukul 3.20 petang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya berhubung siasatan pengubahan wang haram.

Untuk makluman, Fazley dan isterinya itu mendirikan rumah tangga pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah. Azrene merupakan anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.








www.myartis.com / Sumber: mStar, Berita Harian & Instagram Fazley Yaacob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: