18 October 2018

"INI PAPA YA, BOYPREN MAMA...." - HATI ELLY MAZLEIN SUDAH DIMILIKI?


Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein baru-baru ini telah memberikan bayangan hatinya kini sudah miliki. Bintang Gegar Vaganza 3 (GV3) itu menerusi entri terbaharu di laman Instagram telah mendedahkan jejaka berbaju biru lembut yang 'disembunyikan' wajahnya itu merupakan kekasihnya.





"Ini Papa ya, boyfriend Mama. Sambil tangan memetik bunga kekwa sambil menyelit bunga itu di cuping telinga. Ini bukan Uncle Butuq (daddy).

"Moga bahagia milik Putra Sara Sefhia dengan lelaki baru dalam hidupnya," tulis Elly bersama tanda pagar #AwanNano dan #TqPapa.

Dalam masa sama, Elly juga turut berkongsi perubahan anak tunggalnya, Sefhia yang kini lebih akrab dengan lelaki terbabit.

Klik untuk gambar besar


"Kakak Lina nak tanya, anak ni kalau ada papa baru dia, mama memang kena pandai-pandai bawa diri ya. Memang tak laku ya...

"Kalau nak makan tak nak duduk dekat baby chair, mesti nak duduk dekat riba Papa. Lepas tu asyik nak dukung je, tak mahu jalan. Memang macam tu ke?

"Kak Lina tanya sebab tak pernah merasa sebelum ini," soal Elly yang popular dengan lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu.

Untuk makluman, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.






www.myartis.com / Sumber: ASstro Gempak & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: