18 October 2018

ISU WARNA RAMBUT - PU AZMAN BERI PERJELASAN PADA NUBHAN


Sebelum ini, penyanyi Nubhan yang musykil tentang hukumnya mewarnakan rambut selepas ia mendapat perhatian ibunya itu menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik video mengutarakan soalan dan mengharapkan jawapan terbaik dari mereka yang mengetahui hukumnya.





"Hari-hari mak den (saya) membebel, memang tak nampak sangat warnanya, sebab saya buat light-light saja, tetap kantoi dengan mak. Jadi, saya potong rambut yang masih berbaki ada warna ni sebab mak bising katanya wuduk tak lepas dan solat tak sah.

"Saya cakap rambut ni original, tapi kau gila nak tipu mak kau! Cumanya, saya nak tahu kita warna rambut yang produk siap ada tunjuk sijil halal lagi tapi boleh ke bawa solat?," katanya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Tidak lama setelah video tersebut dimuatnaik, PU Azman hadir memberikan komen terhadap perkara tersebut selain menasihatkan untuk menggunakan inai yang berasal dari tumbuhan kerana ia akan meresap ke dalam zat rambut.

Bagus sungguh Nubhan yang sangat menghormati ibunya dalam membuat sebarang keputusan. Sebagai pengakhirannya, Nubhan memotong rambut yang telah diwarnakan sambil berkongsikan gambar dengan gaya rambut terbaru.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Nubhan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: