12 October 2018

"JANGAN TINDAS KAMI BEGINI" - JALIL HAMID TAK KISAH DISELAR


"Sudah tiga, empat kali saya diaju tawaran dengan bayaran tidak setimpal. Kerja kami kadang kala berbelas jam sehari. Kudrat dan kesungguhan diberi lebih daripada 100 peratus. Kenapa mesti ada diskriminasi terhadap pelakon lama?





"Bukan kita tak boleh bertolak ansur, tetapi fikirlah kami juga cari makan. Mahu ke lokasi perlu isi minyak, bayar tol dan sebagainya. Jangan tindas kami begini.

"Kalau berdiam kita diperkotak-katik, tetapi apabila bersuara kita dicop cerewet. Sampai ada pihak berpakat, jangan ambil pelakon yang berani bersuara. Luahan ini juga buat teman seperjuangan lain yang menerima nasib sama.

Klik untuk gambar besar


"Selepas terbabit dalam sebuah drama sempena hari raya, sampai sekarang saya tidak dapat tawaran berlakon," kata pelakon berkarakter, Jalil Hamid, 61, yang mengakui dia terpaksa bersuara mengenai isu bayaran tidak masuk akal yang diterimanya daripada beberapa syarikat produksi selepas berulang kali berdepan situasi sama.

Jalil memberitahu yang dia bukan tidak bersyukur, mengeluh dan jauh sekali menolak rezeki tetapi terkilan dengan sesetengah syarikat produksi yang memberi bayaran murah kepada pelakon senior sedangkan sanggup berhabis puluhan ribu untuk bakat baru kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.

Lebih menyedihkan harga tersebut diberikan untuk Jalil sebagai watak utama, sedangkan banyak perbelanjaan perlu ditanggung seperti anak istemewanya yang memakai lampin pakai buang dan tidak mampu menguruskan diri.



Selain itu, Jalil berkata, sebagai ketua keluarga, dia perlu mencari nafkah memandangkan anak bongsunya masih di universiti.

"Selepas terbabit dalam sebuah drama sempena hari raya, sampai sekarang saya tidak dapat tawaran berlakon. Adalah rezeki sikit untuk anak-anak, cuma yang sulung memang memerlukan perbelanjaan agak tinggi.

"Usianya sudah mencecah 33 tahun, namun tidak mampu menguruskan diri sendiri dan perlu memakai lampin pakai buang. Saya tidak sesekali mahu menagih simpati kerana saya masih mampu bekerja. Takkan saya mahu meminta sedekah," tuturnya.

Mengenai segelintir individu yang menyelar luahannya, kata bapa enam cahaya mata itu, terpulang kepada orang luar untuk membuat sebarang komen, namun Jalil berharap, suaranya itu didengar pihak berkaitan termasuk persatuan, stesen TV dan syarikat produksi.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: