19 October 2018

JOEY G DAKWA 'MABUK' - SAZZY FALAK TERKEJUT, TAK BERASAS


Semua mengetahui mengenai kisah pergolakan rumah tangga pengacara TV, Joey G dan model Patricia K yang sebelum ini kecoh diperkatakan.





Kontroversi semakin hangat apabila Patricia mendakwa Joey membawa lari anak mereka yang baru berusia dua tahun ke luar negara tanpa pengetahuannya ketika mereka dalam proses untuk bercerai, namun Joey menafikan dakwaan tersebut.

Kemelut mereka diilihat berpanjangan apabila masing-masing meluahkan perasaan tak puas hati melalui Insta Story mengenai hak penjagaan anak dan pelbagai isu timbul termasuk dakwaan Joey mengatakan isterinya pernah curang sebanyak lima kali.

Klik untuk gambar besar


Terbaru, menerusi laman Instagram, Patricia meluahkan rasa gembira apabila akhirnya hak penjagaan anak berpihak padanya. Berita tersebut mendapat reaksi rakannya iaitu pelakon Sazzy Falak yang turut gembira mengetahui perkhabaran tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Sazzy itu yang dilihat cuba campur tangan di dalam permasalahan mereka mengundang kemarahan Joey. Kemudian bermula perang di media sosial dan Sazzy didakwa mabuk di rumah Joey bersama Patricia sebelum ini. Dalam masa sama, Joey mahukan penjelasan dari Sazzy tentang apa yang diperkatakan.

Bagaimanapun, menerusi video Insta Story, Sazzy yang nampaknya sangat tenang sahaja itu mengakui terkejut dengan pendedahan tersebut menjelaskan ianya dakwaan yang tidak berasas.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: