19 October 2018

IFA RAZIAH BERANG KERETA KENA LANGGAR LARI


"Ini kereta yang melanggar kereta saya dan terus melarikan diri seperti penyamun. Kejadian ini berlaku sekitar jam 7 malam betul-betul waktu Maghrib di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.





"Pada waktu itu, saya berada dengan suami dan anak-anak di dalam kereta ketika perjalanan balik ke rumah, sekarang suami saya sudah buat laporan polis," demikian tulis penyanyi Ifa Raziah yang berkongsi sebuah video menceritakan keretanya telah dilanggar lari oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Video tersebut dimuatnaik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya. Menurut Ifa, kereta itu melanggar kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya lalu melarikan diri begitu sahaja.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikut Ifa bertanyakan keadaannya bersama keluarga dan mendoakan keselamatan buat mereka.

Dikenali sebagai Diva Dangdut Malaysia, Ifa mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: