26 October 2018

KALAU DILAHIRKAN KAYA - WANY HASRITA ENGGAN JADI PENYANYI


"Biasa mereka akan cakap, kau ni perempuan seeloknya mana boleh menyanyi. Mak bapak kau tak ajar ke, tak ajar agama ke. Tapi mereka tak tahu apa yang kita alami. Kita bukan saja-saja. Menyanyi susah sebenarnya. Menyanyi tak senang. Hari-hari show, bukannya kita boleh maintain prestasi.





"Kalaulah saya dilahirkan kaya, saya tak akan memilih jadi penyanyi," kata penyanyi Wany Hasrita yang berkongsikan cerita bahawa bukan mudah bergelar seorang penyanyi, dimana beliau pernah dikecam teruk oleh netizen sehingga keluarganya juga turut terpalit.

Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH31 baru-baru ini, kemenangan Wany ternyata mengejutkan orang ramai dan rata-rata mempersoal faktor kemenangan penyanyi berusia 26 tahun itu jika nak dibandingkan dengan selebriti popular lain.

Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, menjelaskan beliau sendiri tidak menjangkakan kemenangan tersebut memandangkan masih baru lagi menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Wany turut berceritakan mengenai kisahnya sebelum bergelar penyanyi, apabila dia dan ibunya terpaksa makan roti bakar selama seminggu kerana kepayahan hidup.

"Orang tengok artis ini hanya hidup glamor, mekap cantik dan dapat tajaan banyak pihak... namun mereka tidak tahu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. (Rasa penat) bukan sahaja secara fizikal, mental malah juga hati. Jika tidak fikirkan tentang tanggungan, pasti saya sudah lama give up.

"Pernah satu tahap saya dan ibu terpaksa berpindah masuk ke rumah yang masih dalam pembinaan dan hanya makan roti bakar selama seminggu kerana keperitan hidup," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: