26 October 2018

JADI BAHAN KECAMAN - ELLIE SURIATY RASA TERKILAN


"Saya pernah menegur seorang selebriti apabila dia mendakwa tindakan saya dan seorang teman menangis ketika bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sangat lucu, selain saya kononnya dibayar.





"Kenapa perlu buat tuduhan sedemikian, sedangkan saya lihat dirinya sendiri tidak pernah menyumbangkan apa-apa. Takkanlah saya sanggup memperjudikan kerjaya seni yang sudah berusia dua dekad semata-mata kerana duit?

"Jika betul saya dibayar, perjuangan saya akan jadi seperti yang dibayar, bukannya seperti dilakukan ketika ini," kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang terkilan apabila perbezaan fahaman politik membuatkan dirinya sering menjadi bahan kecaman serta sendaan rakan selebriti.

Menurut Ellie, 48, dia lebih berasa kecewa apabila segelintir selebriti mendakwa semangatnya dalam memperjuangkan UMNO disebabkan wang.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan berkaitan, aktres yang mula dikenali menerusi filem, 'Spinning Gasing', ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya video ucapan protes dilakukannya di depan ibu pejabat SPRM, seperti yang tular baru-baru ini, sebagai lakonan.

Tegas Ellie, luahannya lahir dari hati yang ikhlas, sekali gus menterjemahkan semangat perjuangannya selama ini.

"Apabila ada yang menganggap tindakan itu sebagai lakonan, ia satu penghinaan buat saya. Kerjaya lakonan adalah sesuatu yang profesional dan kita tidak boleh nak berlakon ikut suka-suka sahaja.



"Saya bukan seorang ahli politik, tetapi aktivis. Saya terpanggil untuk bersuara kerana berang apabila ada ura-ura mahukan UMNO dibubar," kata Ellie yang turut menafikan dirinya seorang bersikap perkauman.

Terdahulu, isteri pelakon Azri Iskandar ini menghadiri majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2018 di Bukit Kiara, di sini.

Telefilem arahannya, 'Tulus Cinta', yang menampilkan lakonan Amar Asyraf dan Siti Elizad dicalonkan dalam kategori Drama Terbaik pada anugerah terbabit yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 November depan.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: