09 October 2018

KEKASIH MESIR - MIMI FLY TERTARIK LATAR BELAKANG & BUDAYANYA


"Selain menyukai keperibadiannya yang baik, saya juga suka dan tertarik nak tahu mengenai latar belakangnya kerana kami mempunyai budaya yang berbeza.





"Saya suka nak belajar budaya baharu. Walaupun budaya dan cara hidup kami berbeza tapi itulah yang akan membuatkan hidup kami lebih menarik dan manis.

"Bagi saya, proses perkenalan ini akan membuatkan hidup kami lebih seronok," kata penyanyi Mimi Fly yang tertarik untuk mengenali kekasih baharunya, Muhanad El Saddiq MD dengan lebih dekat kerana latar belakang budaya yang berbeza.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 31, berkata perbezaan itu membuatkan kehidupan mereka lebih menarik dan seronok.

Penyanyi lagu 'Superfly' itu menemui cinta hati baharunya, jejaka kelahiran Mesir itu sekitar November tahun lalu dan mula menjalani hubungan serius pada awal tahun ini.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Mimi memberitahu dia selesa berkawan rapat dengan Mahanad yang juga jurulatih peribadinya.

"Saya selesa berkawan rapat dengan Mahanad. Dia juga adalah jurulatih peribadi saya sejak kami memutuskan untuk bercinta.

"Kali pertama kami bertentang mata, saya sudah jatuh hati dengannya. Tak sangka dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.

"Doakan hubungan kami berjalan dengan baik dan saya serahkan soal jodoh kepada takdir Ilahi," ujarnya yang sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 dan bercerai sekitar akhir tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: