09 October 2018
SARI YANTI THROWBACK JEP JADI 'KAWAN NINJA' SEBELUM SUAMI
Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Sari Yanti telah berkongsi gambar throwback-nya dua tahun lepas bersama Jep Sepahtu ketika berada di Jepun.
Dalam pada itu, Sari yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu juga turut berkongsi detik terindah ketika berada di negara matahari terbit itu.
"Today . Two years ago. Kejap je dah dua tahun. Time kakak tengah training jadi Ninja dulu ada la kawan kakak ni teman. Baik dia," tulisnya.
"Sebenarnya lantai tempat ni susah berdiri.. dia sentiasa buat kita macam nak jatuh. Sangat struggled kita nak pose. Tapi gigih jugak sebab nak buat kenangan kan.
"Tempat ni memang tempat ninja training. Ninja school. Yg dalam gambar ni kitaorang kat rumah sesat dia. Nak keluar tak jumpa jalan.
Klik untuk gambar besar
"Punyalah lama kitaorang dok pusing sini sana cari jalan keluar. Lama lama terpaksa lambai lambai kat camera blakang tu mintak orang datang bukak kan jalan Sebab dah lambat nak kerja 😂.
"Gambar ni je dalam banyak banyak gambar boleh throwback sebab time jadi ninja ni tutup kepala 😁. Assalamualaikum semua 🌼 - Ninja Village, Nagano Shi," tulisnya.
Status tersebut telah mendapat netizen yang rata-ratanya memuji keserasian mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang sentiasa sweet dan manja.
Alahai, comel betul Sari dan Jep ni kan? Mula-mula kawan biasa dan sekarang sudah jadi suami isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata yang comel, Dariya Inara.
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Sari Yanti
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment