09 October 2018

KATA 'SENDU' - PENGGIAT INDUSTRI MUZIK KECEWA, MAHU BOIKOT DSV


Sebelum ini, Datuk Seri Vida (DSV) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan penajaan program Gegar Vaganza dibuat semata-mata ingin menaikkan nama artis 'sendu' yang sudah tidak laku.





Bagaimanapun, kenyataan usahawan kosmetik itu telah mengundang rasa marah dikalangan penggiat industri muzik tempatan kerana seakan merendahkan-rendahkah martabat artis.

Istilah yang agak 'kasar' itu membuatkan ramai yang terasa hati, antaranya ialah penyanyi Noraniza Idris yang kecewa apabila rakan-rakanya dilabel seperti sudah terdesak untuk menyertai program tersebut.

Persatuan Karyawan Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik oleh komposer Damian Mikhail turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan DSV.

Klik untuk gambar besar


Tidak adil untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu hanya kerana beliau berbalah dengan Aishah yang merupakan juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Malah, DSV juga mendapat kepentingan daripada program tersebut dimana sebagai penaja tentu sekali Gegar Vaganza membantu melariskan lagi produk beliau.

Rata-rata netizen juga berpendapat apa yang dikatakan oleh DSV agak melampau sedangkan Aishah memang sudah dikenali sebagai penyanyi lagenda dan aktif menyanyi di New Zealand sebelum ini.

Difahamkan, hari ini DSV akan mengadakan satu sidang media khas mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah. Sama-sama kita nantikan, adakah beliau akan memohon maaf ataupun isu ini akan terus berpanjangan.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: