09 October 2018

FESYEN ABPBH 31 - NABILA RAZALI DIKRITIK, IBARAT 'BERKEMBAN'


Acara gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-31 (ABPBH 31) yang berlangsung Ahad lalu itu telah menyaksikan ramai selebriti menggayakan pelbagai jenis gaya dan fesyen.





Seperti biasa, gaya dan fesyen selebriti antara yang menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, busana yang digayakan oleh penyanyi Nabila Razali dikritik netizen yang menyifatkan cara pemakaiannya tidak mengikut syariat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan fesyen Nabila yang bertudung tetapi tidak menutup dada dan menggayakan baju yang mengikut bentuk badan.

Klik untuk gambar besar


Tidak kurang juga ada yang mengatakan baju yang dipakai oleh Nabila itu tidak sesuai dengan imej wanita muslimah dan seperti sedang berkemban.

Selain imejnya dikecam, netizen juga turut mengkritik suaranya yang sumbang ketika membuat persembahan secara langsung bersama Ismail Izzani.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Apa pun, mungkin selepas ini Nabila perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian agar tidak mengundang sebarang fitnah.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Forum Cari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: