09 October 2018

"LAMA TAK NYANYI, MENYEPI, TAK MUNCUL TV... APA ISTILAHNYA TU?" - DSV


"Jangan salah tafsir istilah 'sendu' yang saya maksudkan. Saya tak maksudkan 'sendu' tu bermakna anda bukan siapa-siapa. Ia merujuk kepada perbezaan anda dari zaman kegemilangan dan setelah anda tak gemilang. Kenapa nak terasa?.





"Kalau artis tu dah lama tak menyanyi, lama menyepi, lama menghilang dan lama tak muncul TV apa istilahnya tu? Kalau saya salah, tolong betulkan.

"Bagi saya jawapannya," kata pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida (DSV) yang menggesa orang ramai supaya membetulkan istilah yang digunakannya itu jika ia salah.

Selepas dikecam hebat dan ingin diboikot oleh penggiat industri muzik tempatan gara-gara istilah 'sendu', Datuk Seri Vida tampil memberikan penjelasan.

Klik untuk gambar besar


Pemilik nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman itu meminta agar artis lain tidak cepat melatah dengan kenyataan tersebut kerana tidak merujuk kepada sesiapa.

Jika istilah yang beliau gunakan itu salah, apa kata orang ramai membetulkannya dan memberitahu perkataan yang sesuai untuk beliau katakan.

Terdahulu, Vida menegaskan beliau tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri sebagaimana didakwa penyanyi Aishah.



Sebaliknya, Vida berkata program realiti popular itu diadakan dengan tujuan ingin menaikkan semula nama artis yang 'sendu'

Penggunaan istilah 'sendu' yang diberikan Vida terhadap peserta program GV turut mendapat perhatian beberapa artis.

Antaranya, penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris yang memberitahu berkecil hati dengan kenyataan itu. Posting tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya dan beberapa artis terkenal termasuk Fauziah Latif.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: