11 October 2018

KONTROVERSI 'BIGO' - NATASHA ELYZZA MAHU LUPA, DIBERI PELUANG


"Selepas kejadian terbabit, hampir setahun saya tak berlakon. Saya ada menolong beberapa orang rakan dalam bisnes mereka tapi ia hanya separuh masa sahaja. Saya akui, kejadian terbabit sedikit sebanyak menjejaskan kerjaya saya sebagai pelakon.





"Banyak cerita dan spekulasi timbul sehingga sekarang, mereka masih ingat perkara itu. Fitnah dan dituduh dengan sesuatu perkara yang tidak benar juga menimpa diri saya... Tapi, saya menghadapinya dengan rela hati kerana saya sedar ia impak dari kejadian lama.

"Sebolehnya, saya mahu melupakan kontroversi lama," kata pelakon Natasha Elyzza yang sebelum ini namanya menjadi bualan tahun lalu selepas terlibat dengan kontroversi video seksi di aplikasi Bigo bersama seorang aktres.

Sebelum ini, wajah Natasha pernah menghiasi beberapa drama dan juga filem seperti 'M.A.I.D', 'Megat Extend', 'Isteri vs Tunang' dan 'Kimchi Untuk Awak'.

Klik untuk gambar besar


Setahun selepas kejadian itu berlalu, Natasha mengakui dirinya masih merasakan impak daripada isu tersebut. Tidak menyalahkan sesiapa, Natasha mengakui dirinya banyak belajar dari kejadian tersebut.

"Saya banyak belajar dan muhasabah diri. Saya berharap agar diberikan peluang oleh pengarah dan penerbit untuk menghiasi kembali kaca televisyen secara aktif. Saya memang mempunyai minat mendalam dalam bidang lakonan dan ia tidak akan pernah pudar.

"Saya harap diberikan peluang untuk membersihkan nama saya dan menonjolkan kualiti dalam lakonan... Saya tahu orang tak boleh lupa tetapi saya mahu menonjolkan semangat yang baru agar dapat diterima semula dalam industri lakonan," katanya menutup bicara.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: