11 October 2018

MOHON MAAF ISU 'TARIK KEJUARAAN' - DSV TETAP PERTAHANKAN 'SENDU'


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) telah mengundang kemarahan ramai dan dikecam teruk oleh netizen dek kerana sebelum ini mencadangkan agar gelaran juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) yang dimenangi penyanyi Aishah itu ditarik balik.





Dalam sidang media khas yang diadakan kelmarin mengenai penjelasan isu berlian pemberiannya didakwa palsu, pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu memohon maaf di atas cadangannya itu dan memberitahu kenyataan tersebut dikeluarkannya ketika dalam keadaan marah.

"Saya pun terkejut sebab tiba-tiba dia (Aishah) tubik (keluar) dalam media sosial cakap palsu. Marilah jumpa saya dulu, kenapa nak tubik dulu. Saya pun ada angin juga, masa tu mulut geram, jadi itulah yang tertubik. Itu saya minta maaf," katanya.

Timbul pula isu apabila beliau menyifatkan program GV bertujuan untuk membantu menaikkan artis 'sendu', DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataannya itu.

Klik untuk gambar besar


"Sekiranya perkataan sendu itu mengguris hati siapa-siapa yang terasa dia sendu, kenapa dia terasa dia sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu. Yang sendu tu kenapa terasa, 'wake up', 'move on', jadikan diri anda tak sendu.

"Apa istilah yang nak diguna pakai apabila lama menghilang, dulu popular sekarang tak popular, dulu ada show sekarang tak ada... bagi saya satu perkataan selain perkataan sendu.

"Bagi saya perkataan sendu biasa je sebab saya tahu netizen boleh gantikan perkataan itu seperti mana lahirnya perkataan kita seronok pakai seperti membawang. Jadi lahirkan satu lagi perkataan bagi sendu," ujarnya.

Sejujurnya, kedua-dua belah pihak iaitu Aishah dan DSV tegas dengan pendirian masing-masing. Namun, kami tetap berharap kemelut antara mereka ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: