07 October 2018
"KURUSKAN BADAN NAK NAMPAK CANTIK DIHARI..." - HATI ZULIN HANCUR
"Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumah tangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, Ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu. Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya.
"Saya sangat bahagia. Saya bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti. Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri, saya ciptakan lagu khas buatnya. Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti.
"Segalanya sudah dirancang kemas, tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yang dijanjikan. Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari. Lagu pun dah siap, tak sabar saya nak bagi dia dengar. Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.
"Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya tidak dapat saya kongsi kerana terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Nak buat apa?
Klik untuk gambar besar
"Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian. Saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan sekarang dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.
"Benda pun dah siap, bersusah payah saya buat, saya keluarkan duit sendiri, takkan saya nak simpan saja. Saya ambil jalan ini untuk teruskan juga. Tak apalah, jadi saya buat music video. Saya gantikan dengan sesuatu yang baru," tulis pelakon Zulin Aziz yang mengakui telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka pilihan hatinya nanti namun niatnya itu tidak kesampaian.
Dalam pada itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kata-kata semangat pada dirinya supaya terus tabah dengan dugaan ini.
"Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata-kata semangat. Bukan mudah, saya perlukan masa nak hadap semua ini. Tapi bila saya baca komen anda semua, saya sangat bersyukur sebab ramai yang sayangkan saya.
"Semoga urusan ini dipermudahkan. Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain. Manalah tahu harini saya meredah hujan, esok saya nikmati pelangi. Maafkan saya," tuturnya.
Zulin turut menegaskan apa yang terjadi bukan gimik untuk mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia pernah memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk berkahwin namun merahsiakan identiti kekasihnya.
"Untuk apalah saya nak buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. @aiyadsakti yg tolong saya ketika itu demi merialisasikan impian saya. Sebabkan org lain pernah buat gimik sampai benda betul pun dah tak ada siapa nak percaya.
"Menjadikan kesedihan saya sebagai satu gimik adalah satu penghinaan! Ade je caci maki saya dpt sejak semalam tp yg mendoakan saya lebih banyak. Saya takkan patah semangat. Tak jadi kahwin bukan bermakna saya kene sedih dan biarkan diri saya terus dibuli. Saya kuat 💪🏻," katanya.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, mStar & Instagram Zulin Aziz
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment