07 October 2018

BILA CHE TA BAWA TUKANG MASAK BERCUTI BERSAMA


Jika sebelum ini Rozita Che Wan memberitahu yang dia membawa 'photographer'nya, terkini pelakon dan usahawan itu mengakui dirinya juga membawa tukang masak peribadi ketika bercuti ke luar negara.





Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta itu berkata, perkara tersebut dilakukan kerana ingin memudahkan keluarganya untuk menikmati makanan enak ketika berada di negara orang.

"Selain photographer saya juga membawa seorang tukang masak ketika berada di luar negara. Perkara ini dilakukan sejak dulu lagi kerana saya ingin memudahkan ahli keluarga menikmati hidangan yang enak ketika berada di luar negara.

Klik untuk gambar besar


"Ini kerana ketika berada diluar negara susah nak cari makan melayu jadi cef yang saya bawa itu akan masak makanan yang kami inginkan.

"Saya rasa tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain kerana dalam masa yang sama cef itu dapat bercuti juga bersama kami sekeluarga," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: