24 October 2018

MASUK HOSPITAL - SALINA SAIBI BERSYUKUR EMAK SEMAKIN PULIH


Baru-baru ini, emak kepada pelakon Salina Saibi telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.





Salina berkongsi keadaan maknya yang semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital menerusi entri di laman Instagram (IG).

"Allhamdullilah selesai injection. Mak kuat doktor cakap! Anak-anak yang baik bergilir-gilir jaga Mak. Syukur Allhamdullilah.

Terima kasih atas doa kalian semua. Sedara, sahabat, my Bff & Bff Mak Cik Liya & Cik Mon pun so caring. Terharu sangat. Semoga ibuku & ibu-ibu diluarsana dijauhi daripada segala penyakit yang tak diingini. Aamin," tulisnya.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen serta mendoakan supaya emaknya kembali pulih selepas menerima rawatan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Salina Saibi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: