24 October 2018

SARAT HAMIL - LIZA HANIM TETAP BERAKSI SEPARUH AKHIR MM33


"Dalam keadaan sekarang, paling penting adalah kesihatan. Saya hanya nak pastikan dapat rehat yang cukup. Walaupun usia kandungan sudah enam bulan, saya masih selesa untuk menyanyi sendiri.





"Meskipun ini pertama kali saya bertanding dalam keadaan mengandung enam bulan, tetapi saya okey. Insya-Allah... dipermudahkan," kata penyanyi Liza Hanim yang kini hamil enam bulan itu tetap akan beraksi pada pentas separuh akhir 'Muzik Muzik 33' (MM33), 9 November ini.

Liza yang menyanyikan lagu 'Mimpi' hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya berkata, dia hanya perlukan rehat dan makan yang cukup bagi menambahkan tenaga.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) itu berkata, dia tidak pernah berhenti menjayakan persembahan pentas, sepanjang kehamilan kali ini.

"Jadi, tidak ada masalah. Dalam pertandingan ini, saya kena fokus satu lagu untuk mendapatkan tenaga yang cukup," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Liza yang kali terakhir beraksi di pentas separuh akhir Muzik Muzik 2008 menerusi lagu 'Merawat Luka Terpendam' berkata, fokus kini lebih kepada persembahan separuh akhir.

"Selepas 10 tahun saya kembali ke pentas ini. Saya mahu lepaskan separuh akhir dahulu sebelum fikir peringkat seterusnya. Kalau lagu ini ada rezeki dan layak ke Anugerah Juara Lagu, baru saya fikir perancangan lain," jelasnya.

Berkongsi mengenai jantina anak, Liza berkata dia dijangka melahirkan anak lelaki, Januari tahun depan.

"Kalau sudah masuk tujuh bulan, baru saya buat persiapan termasuk membeli barang dan keperluan bayi," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: