17 October 2018

MLM 2018 KEMBALI - BOCEY RANCANG TAMPIL DENGAN SINGLE


"Kami sudah bincang hal ini sejak lima tahun lalu tetapi masih belum berpeluang untuk merealisasikan impian itu. Insya-Allah, andai ada ruang dan waktu yang sesuai, kami akan hasilkan lagu berkisarkan cinta.





"Kerana kami bertiga masing-masing punya pengalaman dan cerita sendiri berkaitan cinta," kata ahli kumpulan Bocey, Fad yang ditemui pada majlis sidang media Maharaja Lawak 2018.

Kumpulan pelawak terkenal iaitu Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey mendedahkan mereka sedang merancang untuk tampil dengan single bertemakan cinta.

Bocey yang sekali lagi terbabit dengan pertandingan itu menegaskan penyertaan mereka bukanlah mengejar gelaran juara tetapi ingin menjadikan platform berkenaan untuk kekal relevan dalam industri.

"Kami anggap diri masih baharu dan berpendapat bahawa itu adalah satu-satunya program besar untuk pelawak tunjukkan bakat

"Oleh itu, kami tampil dalam pertandingan itu supaya peminat tidak lupakan Bocey. Penyertaan kami juga adalah untuk mengasah lagi kelebihan kami sebagai pelawak," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) musim ke-7 bakal menampilkan semula beberapa kumpulan lawak terkenal dan gabungan pelawak daripada grup berbeza dalam sebuah kumpulan baharu.

MLM 2018 bakal menampilkan 14 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 2 November depan. Ia akan disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Antara kumpulan lawak terkenal bakal menyertainya ialah iaitu Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad selain kumpulan Puteh (Ali Mercik dan Mamak), Shiro (Ajak dan Shahrol) dan Zero (Atu, Syaiful dan Sharif).

Selain itu, pelawak yang bergabung pula ialah kumpulan Taman gabungan Tauke bersama Man Posmen, selain Joras yang dianggotai oleh Ropie, Joey dan Rahim Sepahtu.

Peserta lain yang turut terlibat adalah Dany, 2B (Man dan Weera), Abata (Wannawala, Alham dan Ilham), Kiut (Shendo, Niezam dan Tapai) dan Chilok (Achok, Kamal Sumbu dan Chiwan).



Personaliti TV iaitu Hilmy Ashley turut mencuri perhatian apabila muncul buat pertama kali sebagai peserta solo.

Manakala kumpulan Abioso (Ami, Mamad dan Sarip) mewakili Indonesia dan kumpulan Masin (Mamat Bora, Vicha dan Jiggy) menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Meneruskan tradisi pengenalan barisan juri MLM seperti musim-musim sebelumnya dan pemilik tiga kerusi juri tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama nanti.

Sistem pemarkahan masih dikekalkan seperti musim terdahulu iaitu 70 peratus jumlah akan diberikan oleh barisan juri manakala 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok yang akan dibuka secara rasmi pada 2 November depan pukul 10 malam.

MLM 2018 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara dan pemilihan tema pada musim ini ialah sarkas.

Juara MLM 2018 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000, tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: