17 October 2018
IBU TEGUR WARNAKAN RAMBUT - NUBHAN MINTA PENCERAHAN USTAZ
Baru-baru ini menerusi laman Instagram, penyanyi Nubhan memberitahu yang dia mengambil keputusan menggunting pendek rambutnya itu selepas ditegur ibu kerana mewarnakan rambut.
Nubhan atau nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 32, berkata teguran ibunya mengenai warna rambut dibuat kerana bimbang boleh menyebabkan solat tidak sah.
"Hari-hari mak den (saya) membebel, memang tak nampak sangat warnanya, sebab saya buat light-light saja, tetap kantoi dengan mak. Jadi, saya potong rambut yang masih berbaki ada warna ni sebab mak bising katanya wuduk tak lepas dan solat tak sah.
"Saya cakap rambut ni original, tapi kau gila nak tipu mak kau! Cumanya, saya nak tahu kita warna rambut yang produk siap ada tunjuk sijil halal lagi... tapi boleh ke bawa solat?," katanya yang berkongsi mengenai perkara itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran tersebut, penyanyi lagu Selamat Jalan, Cinta ini turut menulis kapsyen meminta pandangan pakar agama mengenai hukum mewarnakan rambut dalam Islam.
"Adakah itu boleh dibawa solat sebab saya tak nak nanti apa dibuat hanya sia-sia. Saya nak tanya ustaz, macam mana ada banyak pendapat boleh warna rambut, bawa solat tapi ada yang kata tak?
"Macam mana tu? Mungkin ustaz yang arif boleh bagi pencerahan sikit, confius den!" soal suami kepada Afifah Hidayah dan bapa Aafiya Kamilia ini.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Nubhan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment