17 October 2018

"DIA AKAN ANGKAT TANGAN NAK..." - AMENG DEDAH KEHIDUPAN SALEEM


"Kami sangat rapat dari kampung lagi, di mana masa itu dia sudah dewasa dan saya masih kanak-kanak. Dia selalu menyanyi di pesta rakyat dan acara desa, dia menyanyi secara sukarela.





"Apabila ada program di kampung, dia yang akan angkat tangan nak nyanyi. Melihat kepada kesungguhan itulah menyebabkan saya ikut jejak langkah dia," kata teman rapat Allahyarham Saleem (Iklim) iaitu Ameng (Spring) yang menyifatkan sahabatnya itu seorang penyanyi yang hebat dan ikhlas dalam bekerja.

Menurut Ameng, 50, dia mengenali arwah ketika usianya masih kanak-kanak lagi dan melihat sendiri perjalanan penyanyi itu sepanjang bergelar anak seni.

Pada Ahad lalu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras, Selangor.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi lagu 'Suci Dalam Debu' yang berusia 57 itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 September lalu.

Sementara itu, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata Saleem merupakan seorang sahabat yang menyenangkan dan tidak pernah menyakiti hati orang lain.

"Sepanjang mengenali arwah, dia seorang lelaki yang tak kedekut, pemurah dan peramah. Kalau kawan-kawan ada masalah, dia sangat prihatin dan cuba bantu cari jalan penyelesaian.



"Dia juga tak pernah menipu atau sakitkan hati orang. Namun sebagai manusia biasa pasti ada kesilapan, tapi silap yang dia lakukan itu hanya pada diri sendiri," ujarnya yang merupakan anak jati Terengganu sama seperti arwah Saleem.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Sampai Hati' ini sudah dapat menjangkakan Saleem semakin hampir menemui pencipta-Nya. Ia berikutan arwah dibawa keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa untuk bertemu dengan keluarga.

"Saya dah agak sebab masa masuk hospital ada peristiwa tak masuk ICU, masa itu isteri dia ada timbul isu tak puas hati sebab tak letak ditempat sepatutnya.

"Saya jumpa pihak hospital, sebenarnya ada prosedur bila pesakit tak ada harapan mereka akan diletakkan di wad biasa untuk habiskan masa dengan keluarga. Kalau letak di ICU orang tak boleh melawat," ceritanya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: