17 October 2018

"SAYA BERLAKON BUKAN IKUT KEHENDAK NETIZEN" - SYAFIQ KYLE


Pernampilan pelakon Syafiq Kyle berambut perang telah menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak dan dikecam teruk sehingga ada yang label pelakon 'Nur' itu terlalu ingin mengikuti budaya barat.





Bagaimanapun, Syafiq telah tampil berkata yang beliau mahu warnakan rambutnya dengan warna sebegitu itu atas sebab yang kukuh.

Bukan untuk tuntutan watak semata-mata, Syafiq juga tidak mahu terlalu bosan dengan penampilan yang sama sahaja.

"Drama ini akan ditayangkan awal tahun hadapan dan pastinya saya mengharapkan ia sesuatu permulaan yang baik untuk 2019.

Klik untuk gambar besar


"Cuma bila ada yang tak berapa suka dengan warna rambut ni, itu biasalah. Saya berlakon bukan untuk ikut kehendak netizen. Saya berlakon ikut kehendak skrip dan kesesuaian watak.

"Ada yang cakap nanti tak nampak handsome atau apa, saya tak fikirkan sangat. Sebab niat saya adalah untuk jayakan dengan sehabis baik watak tersebut. Saya berlakon bukan nak nampak handsome, elok memanjang depan kamera.

"Tapi kalau baca komen tu, memang ada yang melampau dan keterlaluan. Belakang beranilah. Jumpa depan-depan nak selfie juga," katanya.

Apa pula pendapat korang? Watak apalah yang akan dibawakan oleh Syafiq sehingga kena warnakan rambut. Mungkin lelaki berdarah kacukan ke? Hehe. Sama-sama kita nantikan.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: