21 October 2018

MUATNAIK FOTO & VIDEO FESTIVAL - INTAN LIANA BUKA TUDUNG?


Selepas reda isu perceraian dengan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada Mac lalu, Intan Liana Saleh sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan berani membuka tudung seperti tersebar di laman sosial.





Intan, 33, yang selama ini dikenali dengan imej berhijab dilihat menggayakan sanggul lintang ketika menyertai pertandingan tarian rampaian pada Festival Tari Rakyat Johor, baru-baru ini, bersama sekumpulan penari lain.

Pertandingan itu berlangsung di Dewan Utama, Yayasan Warisan Johor Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Gambar dan status yang dikongsi rakan kepada Intan di Instagram mengundang tanda tanya ramai, malah ada yang mempertikaikan tindakan wanita terbabit.

Jelas daripada foto berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata yang pernah menjadi model kepada produk tudung itu duduk di barisan hadapan bersama lima penari lain.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, Intan terlebih dahulu berkongsi berita kejayaan mereka berserta foto sama di Instagram miliknya, tetapi dipadam selepas berdepan kecaman netizen. Namun, Intan ada memuatnaik video Insta Story dirinya di festival terbabit.

Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila pelakon, Izreen Azminda, membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Ude, sejak 8 Ogos 2017.

Intan dan Ude bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun ini. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Sebelum ini, ramai yang dikatakan berpihak kepada Intan melihatkan keperibadian wanita terbabit yang lemah lembut dan statusnya sebagai ibu tunggal yang berhijab.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: