21 October 2018

PEMINAT MAHU KEPASTIAN - RUHAINIES ENGGAN ULAS VIDEO 'DILAMAR'


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, video pelakon Ruhainies kelihatan 'dilamar' kekasihnya dikenali sebagai MR. E yang dimuatnaik peminat menjadi persoalan dalam kalangan netizen.





Bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai video itu.

Menurut adik kepada pelakon Risteena Munim ini, dia enggan mengulas video yang memperlihatkan seorang lelaki menyarungkan cincin di jari manisnya yang tesebar pada Jumaat lalu

"Saya minta maaf kepada semua peminat. Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan atau komen mengenai video tersebut buat masa kini. Sebab video itu sebab orang lain yang kongsi di laman sosial Instagram bukannya saya sendiri," kata Ruhainies.

Klik untuk gambar besar


Ruhainies diminta mengulas video yang dimuatnaik peminatnya dengan memberi bayangan pelakon itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen di video itu mahu kepastian pelakon kesayangan mereka sudah bersedia untuk berkahwin.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini berharap peminat-peminat mendoakan yang terbaik buatnya.



Kata pelakon 'Cinta Lemon Madu' itu, dia akan berkongsi berita baik pada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai.

"Saya harap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah saya janji, saya akan kongsi berita gembira bila dah tiba masa yang sesuai," ujarnya.

Sebelum ini pada 13 Oktober lalu, Ruhainies dikecam gara-gara memuat naik foto berlatar belakangkan logo kereta mewah jenama Mercedes. Netizen beranggapan Ruhainies seorang perempuan pemalas yang hanya tertarik kepada lelaki kaya.

Namun, Ruhainies tampil mempertahankan dirinya dan menegaskan dia bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya tanpa perlu mendapat kemewahan daripada seorang lelaki.














www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: