20 October 2018

NETIZEN MAHU IMEJ DAHULU: "2018 DAH BRO, APESAL KAT 2009" - YUNA


"Anda membeli Iphone keluaran terkini setiap kali keluaran baru tapi anda lebih suka melihat seorang perempuan sentiasa sama dan tidak berkembang menjadi sesuatu yang baru dan lebih baik. Saya melihat komen seperti ini kebanyakkannya daripada lelaki.





"Orang dah 2018 dah bro apesal (kenapa) kat 2009 lagi ni," tulis penyanyi Yuna yang menegur tindakan segelintir netizen kebanyakkannya golongan lelaki meninggalkan komen mahukan penampilan dan dirinya yang dahulu berbanding sekarang.

Yuna atau nama sebenarnya Yunais Zarai, 32, berasa pelik mengapa mereka bersikap demikian berikutan seseorang individu seharusnya sentiasa berubah menjadi lebih baik.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Yuna yang turut memuatnaik komen netizen mahukan dia dahulu itu mempersoalkan mengapa seseorang lelaki yang melakukan pembaharuan sering dipandang positif berbanding wanita.

"Lelaki boleh berubah mendapatkan kekasih baru atau gaya yang lebih baik dan orang akan berkata 'oh bagus dia sekarang' tapi kalau perempuan dengan gaya baharu, keyakinan dan kehidupan baharu sering dikatakan sudah berubah," ujarnya.

Bagaimanapun, Yuna berkata, dia berterima kasih kepada suaminya Adam Yousof Sinclair yang sentiasa menyokong dengan apa juga yang dilakukan kini.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: