20 October 2018
"ANAK PERTAMA TERUJA, BILA ANAK KEDUA NI..." - SYAMSUL YUSOF
Akui lebih matang menjadi seorang bapa selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana hamil anak kedua, pengarah filem 'Munafik 2', Syamsul Yusof memberitahu dia perlu buat lebih banyak persediaan sebelum menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
"Saya tidak tahu orang lain bagaimana tapi, saya boleh kata jika anak pertama dulu rasa teruja dan tidak sabar hendak menanti kelahirannya tapi bila anak kedua ni lain pula.
"Masih lagi rasa teruja untuk anak kedua, cuma ia buat saya berfikir adakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaganya sedangkan anak yang pertama masih lagi dalam fasa aktif.
Klik untuk gambar besar
"Anak saya sekarang sangat lasak dan bijak sekarang ni jadi saya perlu bersedia untuk semua itu nanti. Bagaimanapun, itulah kehidupan dan saya perlu matang untuk menempuhnya nanti," katanya.
Untuk makluman, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Shamsul berusia setahun.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment