19 October 2018

KONGSI FOTO KONVOKESYEN - ANAK TIRI LISDAWATI JADI 'REBUTAN'


Jika anda masih ingat lagi menganai kisah kejayaan anak perempuan pelakon Fauzi Nawawi iaitu Hanna Faresha yang pernah mendapat keputusan cemerlang 10 A dalam SPM tahun lalu.





Terkini, Hanna yang menyambung pengajian di Intec Education College akhirnya sudah bergraduasi kelmarin.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila isteri Fauzi, pelakon Lisdawati sendiri berkongsi foto anak tirinya itu di laman Instagramnya.

Ramai antara lain selain mengucapkan tahniah turut 'mencuba nasib' menawarkan diri untuk menjadi menantu pasangan Fauzi dan Lisdawati itu.

Klik untuk gambar besar


"Mama Lisdawati, tak nak jadikan saya anak menantu ker?" tulis seorang pengguna yang dikenali sebagai @mohdfaizalhisham. - "Hi Mama," tambah @mahadie_mohd.

Selain itu, ramai yang turut memuji kecantikan Hanna yang diibaratkan seperti adik Lisdawati.

"Cantik ibu dan anak, macam siblings je," tulis salah seorang pengguna lain.

Untuk rekod, Hanna, 19, merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan Lisdawati.

Apapun, tahniah kami ucapkan atas kejayaan Hanna!
















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Lisdawati & Instagram Fauzi Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: