19 October 2018

SELEPAS BERPISAH - ISMA LEBIH TENANG, PERLU SEDIA RM5K


Mengaku lebih tenang dan lega selepas berpisah dengan penyanyi komposer, Zul 2 By 2, 46, sejak awal tahun ini, Penyanyi Isma bagaimanapun tidak menafikan kehidupannya sedikit berbeza apabila selama ini hidup berumah tangga lebih 19 tahun.





"Alhamdulillah kekuatan itu datang daripada anak-anak yang sentiasa berada di samping saya. Walaupun saya kini perlu bekerja lebih keras untuk besarkan anak-anak, tapi sekurang-kurangnya saya lebih puas hati.

"Bagaimanapun saya akui ada masanya hidup saya tak senang apabila tiada tawaran nyanyian untuk tempoh tertentu tapi saya selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan," katanya.

Menurut Isma, sejak 'angkat kaki' dari rumah Zul, dia perlu menyediakan keperluan sebanyak RM5,000 untuk menyara keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Anak-anak semua dengan saya. Anak yang sulung sedang belajar di universiti dan paling bongsu berusia 10 tahun.

"Jadi setiap bulan saya perlu sediakan paling kurang RM5,000 untuk bayar bulanan kereta, rumah sewa serta belanja anak-anak.

"Mujur mujur anak-anak faham. Kadangkala mereka sedih juga dengan apa yang berlaku ini tapi saya selalu beritahu ada hikmah disebaliknya," ujarnya

Sebelum ini pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: