11 October 2018

NOORKHIRIAH: "AWARD TAK JANJIKAN..., BUAT BATU NISAN PUN TAK LAKU"


Pelakon vateran Jalil Hamid baru-baru ini telah meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang tidak menghargai bakat lama sepertinya dan hanya diberikan bayaran yang 'ciput' walaupun sudah menerima banyak anugerah.





Apa yang menjadi topik hangat ialah Jalil diberikan bayaran RM1,500 sahaja untuk membawakan watak utama untuk dua hari penggambaran.

Susulan keluhan tersebut, pelakon Noorkhiriah menerusi akaun Instagramnya ada memberikan pandangan beliau mengenai isu berkenaan. Katanya, anugerah yang diterima tidak menjanjikan bayaran yang tinggi untuk seseorang artis.

Klik untuk gambar besar


Zaman ini, hanya mereka yang muda dan mempunyai banyak kontroversi sahaja akan dipandang serta menerima banyak tawaran lakonan meskipun tidak berbakat.

Tidak dinafikan, asalkan banyak pengikut di media sosial, muka jambu, semuanya boleh. Jarang kita lihat pelakon yang benar-benar mempunyai kualiti menghiasi drama-drama mahupun filem tempatan. Apa pula pendapat anda?






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: