11 October 2018

VOKALIS BARU KRISTAL - KECIK (BEKAS HYPERACT) DIPILIH


"Dari segi nyanyian, Kecik mempunyai kredibiliti yang luar biasa sebagai seorang penyanyi rock. Dia mempunyai jiwa sewaktu membawakan lagu-lagu Kristal.





"Jadi, kami berharap agar pemilihan Kecik ini dapat memberi nafas baharu kepada kumpulan kami," demikian kata wakil kumpulan Kristal, Muhammad Rodi Baharuddin atau Rodi, 32, yang memperkenalkan vokalis baharu kumpulan Kristal.

Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 24, yang merupakan bekas penyanyi kumpulan HyperAct itu dipilih untuk mengisi kekosongan vokalis kumpulan Kristal.

Pada majlis yang sama, Kristal turut melancarkan single terbaharu mereka, 'Cintaku Kristal'.

Dalam pada itu, Kecik berharap agar penyertaannya bersama Kristal dapat diterima khalayak, khususnya peminat tegar kumpulan tersebut.

"Saya berharap agar peminat dapat menerima saya seadaanya dan melihat saya sebagai vokalis Kristal, bukan penyanyi kumpulan lain.

"Menerusi penglibatan saya dengan Kristal, saya juga akan berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik," tuturnya

Terdahulu, penyanyi asal Kristal, Lan, mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut selepas berlaku krisis dalaman sewaktu Lan menyertai Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) November tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Kristal akan mengadakan persembahan istimewa di House, G Tower, Kuala Lumpur pada 24 November depan. Tiket berharga RM60 boleh didapati pada hari dan lokasi persembahan.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: