12 October 2018

VIDEO LUCAH - AMEER FORTEEN NAFI DIRINYA, TERKILAN


"Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai rakaman video itu. Sekali imbas, memang ada iras susuk tubuh saya, tetapi ingin saya tegaskan, individu itu bukan saya.





"Takkan saya lakukan perkara seperti itu," kata anggota kumpulan Forteen, Ameer yang kesal dikaitkan dengan isu video lucah ketika dia bersama tiga rakannya sedang berusaha mempertahankan kedudukan dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim ke-5 (GV5).

Menafikan dia adalah lelaki dalam video kononnya beraksi lucah, Ameer terkilan isu itu dibangkitkan ketika dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih yang dikenali sebagai Siti Nurnaja’a, lusa.

Video berdurasi 38 saat itu dikatakan tular sejak minggu lalu itu memaparkan seorang lelaki sedang membuka seluar pendek yang dipakai, sambil mengurut alat sulit.

Klik untuk gambar besar


Klip itu turut menampakkan lelaki menunjukkan wajahnya sambil menghisap rokok. Dia dilihat memakai singlet dan berseluar pendek hitam. Netizen rata-rata mengaitkan nama Ameer sebagai lelaki terbabit.

"Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan kesal apa yang berlaku. Lebih menyedihkan, perkara ini timbul ketika saya menanti detik untuk mengikat tali pertunangan. Saya tidak perlu takut kerana tahu, itu bukan saya.

"Saya juga sudah beritahu bakal tunang, apa sahaja boleh berlaku dalam industri seni. Saya kenal dirinya dan dia juga tahu siapa saya. Mohon doakan yang baik-baik," tuturnya.



Ameer atau nama sebenarnya, Mohd Arif Ameerais Azhar juga meminta perkara itu tidak lagi dikaitkan dengannya kerana dia perlu menjaga hati banyak pihak.

"Saya anggap ini ujian ketika mahu membina ikatan pertunangan. Saya terima dengan tenang. Saya percaya mereka yang rapat kenal siapa saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ameer bakal melangsungkan pertunangan bersama kekasihnya, Siti Nurnaja'a pada hari Sabtu ini dan menjelaskan isu video itu tidak menganggu proses persiapan majlis tersebut.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: