12 October 2018
DILABEL 'GOLD DIGGER', 'PEREMPUAN MALAS' - RUHAINIES BENGANG
"Perempuan malas je tertarik dengan lelaki kaya," demikian kata salah seorang netizen kepada pelakon Ruhainies yang didakwa sering menunjuk-nunjuk kemewahan teman lelakinya di media sosial.
Bagaimanapun, Ruhainies menempelak dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai pemalas dan hanya tertarik dengan lelaki kaya.
Adik kepada pelakon Risteena Munim itu dilihat bertelagah dengan netizen gara-gara memuatnaik gambar teman lelakinya memandu sebuah kereta mewah.
Bengang dengan tuduhan sedemikian, ini respon balas pelakon drama 'Drama Cinta Lemon Madu' itu kepada individu tersebut:
Klik untuk gambar besar
"I'm too lazy too work. Can I loan some money from you my independent women? I bayar ansur-ansur. Or exchange our car ke," tulisnya.
Tidak berhenti di situ, Ruhainies juga dilihat bertelagah dengan beberapa netizen lain di ruangan komen entri tersebut.
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang tampil mempertahankan Ruhainies dan meminta pelakon tersebut mengabaikan komen negatif tersebut.
Tidak lama selepas itu, Ruhainies ada memuatnaik entri terbaru di Instagram miliknya memberitahu, dia hanya mahu berfikiran positif untuk membuat dirinya bahagia.
www.myartis.com / Sumber: Ruhainies
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment