12 October 2018

TAK DEMAM ATAU SAKIT TEKAK - AMELINA MUSYKIL HILANG SUARA


Akui musykil bagaimana boleh kehilangan suara sedangkan dia tidak mengalami masalah kesihatan seperti demam mahu pun sakit tekak, bintang Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5), Amelina berkata selepas panik dengan apa yang berlaku, dia dibawa berjumpa doktor oleh pihak pengurusan untuk pemeriksaan lanjut.





"Demam takde, sakit tekak pun takde.. Mungkin kerana stress kot sampai suara Kaklong hilang. Kaklong ni memang manja sikit, ada je sakit nak dtg dalam waktu macam ni.

"Nasib baik manager ada terus bawa ke klinik walaupun semua dah panik," tulisnya yang berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin, 44, meminta agar semua mendoakan kesihatannya supaya dapat beraksi dengan baik di pentas GV5 untuk konsert ketiga, Ahad ini.

"So kesayangan semua doakan yang baik2 utk Kaklong malam Ahad ni ya. Kaklong janji akan cuba yg terbaik di pentas #GV5 #GV2018 & #SegalanyaPasti Kaklong tak kan hampakan @amelinasoul semua! ❤️🙏🏻," katanya lagi.

Amelina bakal mempersembahkan lagu 'Segalanya Pasti' dendangan Aida Adil pada konsert minggu ketiga GV5 nanti (Ahad ini).






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: