06 October 2018

'SAYF ISSA', NAMA ANAK SULUNG MIA AHMAD


Pelakon Mia Ahmad menerusi laman Instagramnya telah berkongsi nama serta wajah selepas genap tujuh hari kelahiran anak sulungnya hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.





Mia dan suaminya itu telah memilih 'Sayf Issa' sebagai nama anak lelaki mereka yang dilahirkan pada 28 September lalu secara normal dengan 3.27 kilogram.

Selain mengumumkan nama, Mia turut mengucapkan terima kasih atas doa dikirimkan orang ramai buat mereka.

"Bismillahirahmanirahim... Introducing to you our bundle of joy, Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi. Was born at 3.27kg on 28th of Sep 2018.

Klik untuk gmbar besar


"Someone new to love is here! 😍😍😍 Thank you ya Allah for sending us a little baby to cuddle and love. 💕 #babySI #24jr @sayf.issa," tulisnya di laman laman sosial berkenaan.

Pengumuman nama anak Mia Ahmad itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Sayf Issa.

Pelakon drama 'Hati Perempuan' itu berkata, fasa yang dinikmatinya ketika ini cukup indah.



"Bangun pagi sahaja, memang dialah yang ingin dilihat depan mata. Tidak lengkap rasanya hari yang dilalui tanpa menyentuh dan membelai dirinya. Sama juga dengan suami saya.

"Alhamdulillah, kehadiran Sayf terus menebarkan cinta buat kami berdua," katanya ringkas ketika dihubungi BH Online.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

Dia mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu selepas dilaporkan mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: