17 October 2018

SELESA HIDUP MEMBUJANG - TONY EUSOFF ENGGAN TERLALU FIKIR


"Sejujurnya saya sangat selesa membujang begini, perancangan nak kahwin itu sudah 'ke laut'... apa saya boleh kata, hidup bujang begini tak stres dan lebih seronok.





"Perkahwinan bukan matlamat saya lagi, kalau orang kata hidup single ini buatkan kita jadi stres, kita tak tahu orang yang dah kahwin pun ada tekanannya. Nak fikir fasal isteri lagi, anak-anak lagi.

"Sama saja stres! Jadi biarlah saya bujang begini dulu, senang bergerak kesana-sini," kata pelakon Tony Eusoff yang memberitahu dia lebih selesa hidup membujang dan enggan terlalu memikirkan tentang jodoh atau perkahwinan.

Meskipun tanpa pasangan, Tony atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 41, berkata, dia melalui hari-hari mendatang dengan penuh gembira.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Tony bersyukur kerana ibunya sangat memahami dan tidak pernah mendesak supaya mendirikan rumah tangga.

"Emak tak pernah menekan atau bertanya mengenai perkahwinan, dia sangat memahami dan mengerti situasi saya.

"Selalunya yang bertanya ini hanya orang luar sahaja, selagi keluarga saya faham itu sudah memadai dan membuatkan saya bahagia," katanya yang kini mula aktif dalam bidang perniagaan makanan.

Tony berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan membuka kiosk menjual sosej di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: