17 October 2018

HUBUNGAN DENGAN SUFIAN - NABILA RAZALI NAFI 'BERCINTA'


Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali dan Sufian Suhaimi telah berkongsi foto bersama ketika mereka menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31.





Perkongsian gambar bersama tersebut di laman sosial masing-masing mencetuskan spekulasi kewujudan hubungan mesra antara dua penyanyi terbabit.

Lebih-lebih lagi apabila penyanyi 'Pematah Hati' berkenaan memuatnaik gambar berserta dengan petikan lagu popular nyanyian Sufian, 'Di Matamu'.

Sufian pula berkongsi gambar mereka berdua pada acara sama dengan kapsyen 'malu-malu kucing', yang turut disertakan dengan foto haiwan comel terbabit.

Bagaimanapun, ketika dihubungi BH Online, Nabila dengan pantas menafikan tanggapan mereka berdua sedang dilamun cinta.

Klik untuk gambar besar


"Tiada apa-apa antara kami dan ia juga bukanlah dikongsi kerana saya ingin mempromosikan lagu atau sebagainya. Saya sekadar menyukai gambar yang dirakam secara 'candid' itu, yang sekali gus menampakkan busana digayakan pada malam ABPBH 31.

"Saya tidak menyangka Sufian turut memuat naik gambar kami bersama. Ia mungkin sekadar untuk berjenaka dan tidak lebih daripada itu. Semuanya adalah kebetulan semata-mata," kata Nabila.

Pada malam kemuncak anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 7 Oktober lalu, kedua-duanya juga menghiburkan penonton dengan nyanyian masing-masing.

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, penyanyi berusia 25 tahun itu bakal tampil dengan single terbaru berjudul 'Vroom Vroom', ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: