27 October 2018

SUAMI NIENA BAHARUN DEDAH SISI WAJAH 'BABY A'


Menerusi laman Instagram (IG), suami kepada pelakon Datin Niena Baharun iaitu Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim telah memperlihatkan wajah sisi anak sulung mereka yang buat sementara ini dipanggil 'Baby A'.





"Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas anugerah ini, finally my little hero has arrived πŸ‘Ά #24102018," tulis suami Niena pada foto dirinya memangku bayi lelakinya itu.

Manakala di IG Niena, dia telah memuatnaik momen dimana dirinya bergelar ibu selepas selamat bersalin secara pembedahan pada 24 Oktober lalu, lebih awal dari jangkaan doktor iaitu 8 November.

"Alhamdulillah... Syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt, tepat jam 11.00 pagi bertarikh 24.10.2018, Niena telah bergelar 'Mommy' kepada seorang bayi lelaki πŸ‘ΆπŸ».

Klik untuk gambar besar


"Doakan 'Baby A' membesar dengan sihat & menjadi anak yang soleh. InsyaAllah amin... Thank you for everything Dr. Seri! You're the best doctor ever..❤️," tulis Niena.

Difahamkan, Niena dan suaminya itu akan berkongsi wajah serta nama penuh cahaya mata sulung mereka selepas tujuh hari kelahiran mengikut sunah Nabi.

Untuk makluman, Niena yang yang popular menerusi watak Husna dalam drama 'Jangan Benci Cintaku' itu berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Datin Niena Baharu & Instagram Datuk Aliff Firdaus


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: